BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 11 Februari 2010

kenangan...

mampukah kita melupakan insan yang pernah singgah dihati kita begitu saja ?
mampukah kita membiarkan saja kenangan yang tercipta menerpa ke benak kita ?
biar dalam bentuk apa jua sekalipun perpisahan itu.
sama ada kita ditinggal atau pun kita yang berlalu pergi,
hakikatnya kenangan yang tercipta itu tak mungkin akan berkubur saja.
biar apa kenangan pun yang ditinggalkan,
manis, pahit, suka mahupun duka insan-insan ini akan tetap diingati.
ada kalanya rindu itu datang dalam bentuk yang pelbagai.
yang sakitnya, rindu itu amat sukar sekali diusir.
sebagaimana sukarnya mencipta kenangan,
begitulah sukarnya untuk melupakan.
walau dipelusuk mana aku menyepikan diri, kenangan itu tetap bersemadi di dalam diri.
bukan tidak mencuba untuk lupa tapi sebaliknya sudah habis daya.
rindu itu juga sering mengganggu lena lalu tidurlah aku bertemankan air mata.

betapa sukar membunuh kenangan.
walau hebat mana aku mahu melupakan tapi ia tetap memburu.
kadang kala rindu itu menjadikan aku manusia yang hilang kewarasan.
kerana terlalu hidup dalam kenangan,aku menjadi nanar.
sudah sekian lama diusir namun ia datang jua.
aku seakan mahu menjerit pada alam 'bawalah aku jauh dari semua ini'
berilah peluang untuk aku bernafas lagi.
dan jauhilah aku dari semua kenangan silam yang amat menyakitkan ini.
bila jeritan aku seperti tidak kedengaran oleh alam,
aku mula mahu menangis kerana aku tidak lagi sanggup untuk teruskan semua ini.

perpisahan itu terjadi tanpa sempat aku menduga.
dan pada ketika itu, tidaklah sempat aku menyediakan diri dalam bentuk apapun.
puas diseka air mata yang tumpah dikala aku memohon kekuatan.
namun ia tumpah jua bahkan semakin laju.
bagaimana harus aku menjalani hari esok, lusa dan seterusnya jika
wajahnya sukar dikeluarkan dari kotak fikiran ini.
aku amat bermohon supaya diketemukan pada aku sebuah sinar pada hujung penantian ini.
namun hidup ini masih kelam dan aku telah pun mati bersama perasaanku.

peritnya perpisahan.
tapi masih ada juga yang memilih jalan ini.
aku penat dengan soalan yang diajukan kepada aku.
tolong jangan lagi bertanyakan tentang perpisahan ini kepada aku.
tubuhku terasa amat lemah mendengarnya.
aku tidak mampu menjalani kehidupan dengan baik setelah hati ditinggalkan sepi.
aku tiada jawapan untuk semua soalan itu dan aku lebih suka untuk berdiam.
seperti manusia yang kehilangan kata-kata di tengah kekalutan orang ramai.

kini aku menjadi lesu melawan perasaan ini.
hakikatnya kadang kala aku terfikir berpisah itu mungkin lebih baik dari terus bersama.
bila sudah tiada keserasian akal dan fikiran pada dua jiwa,
maka berpisah mungkin jalan yang terbaik.
tapi sungguh, aku tidak sanggup.
payah untuk melupakan segalanya kerana dalam hati ini, telah ku letakkan dirinya.

aku mahu membenci.
tapi belum pun perasaan itu datang, aku sudah lelah menanggungnya.
yang sebenarnya, mudah untuk memupuk perasaan sayang itu kepada seseorang.
tapi tak pula mudah untuk membenci apatah lagi kepada sesuatu yang pernah kita cinta.
apa yang aku rasa, dengan benci akan menjadikan aku manusia yang tidak berperikemanusiaan.
lalu, aku putuskan untuk tidak membenci.
setidaknya, bukan untuk kali ini.

membuat keputusan memang payah.
mudah untuk sesuatu keputusan yang tak melibatkan hati sesiapa.
biar aku saja yang terluka.
kerana itulah, aku berusaha mencari dimana silapnya diri ini.
setelah aku lihat tiada cinta lagi dihatimu,
lalu aku tekad untuk mendengar kata perpisahan darimu suatu ketika dulu.
biar aku saja yang menangis.
biar aku saja yang menyesal.
tidak sekali-kali aku mahu libatkan orang lain dalam masalah ini.
malangnya, tidak semua keputusan yang melibatkan aku saja.
sebaliknya, ia telah melibatkan keluargaku.
hati mereka amat kecewa setelah mendengar khabaran ini.
kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa lagi, aku memutuskan untuk menanggungnya sendiri.
aku sanggup mengambil keputusan ini kerana ia melibatkan keluargaku.
aku berlagak seperti biasa di hadapan mereka,
meskipun masih ada lagi sendu yang bersisa.
aku bergelak ketawa bersama mereka,
padahal pada malamnya aku akan bertemankan airmata.
bukan aku tidak kesian pada hati ini,
tapi sekurang-kurangnya aku tidak mahu banyak lagi hati yang akan terluka.
perit sudah pasti tapi biarkan saja ia didalam hati.

hati sudah penat berlari.
namun, tidak juga aku menjumpai perhentiannya.
pun begitu, aku masih belum mahu berhenti.
aku tetap akan terus berlari sehingga bertemu dengan destinasi yang pasti.
biar kuseka saja peluh dan airmata yang tidak mahu berhenti ini.
kerana aku tahu suatu hari nanti, langkah ini akan kian perlahan
dan ketika itu semuanya akan meninggalkan aku tanpa pernah aku sedari.

0 ulasan: