BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 21 Januari 2012

JAmBoReE DaN pErTuKaRaN bUdAyA BaDaN beRuNiFoRm MaLaYsIa DeNgAn InDoNeSiA

Pada 24/11/2011-29/11/2011..Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan 1 program iaitu Program Pertukaran Budaya Antara Pasukan Badan Beruniform Malaysia Dengan Pramuka Indonesia.1 negeri perlu menghantar wakil sekurang-kurangnya 4 orang.Dari negeri sembilan..saya dan beberapa rakan lain daripada SEMESRA,SMK Palong 7 dan SMK Bukit Mewah telah terpilih dan guru pengiring kami daripada SMK Tengku Ampuan Najihah.Seramai 76 orang pelajar dan 14 orang guru pengiring telah menyertai program ini.Kami semua telah dikumpulkan di Asrama 1 Malaysia pada 24-26/11/2011.

DI Asrama 1 Malaysia,kami telah melakukan bebrapa aktiviti bagi mengeratkan ukhwah antara kami disamping persediaan untuk ke Palembang.

Pada 26/11/2011,kami telah bertolak ke Palembang.Kami telah di bahagikan kepada 2 kumpulan.Kumpulan 1 terdiri daripada 20 orang pelajar beserta guru telah pergi ke Jakarta terlebih dahulu sebelum ke Palembang atas masalah yang tidak dapat dielakkan.Kumpulan 2 terdiri daripada 70 orang.Kumpulan ini pula telah terbang terus ke Palembang.

Di Palembang,Kami telah menginap di Hotel Grand Duta.Pada 27/11/2011,Kami telah menyeberangi Sungai Musi dan Jambatan Ampera.Ampera bermaksud amanah penderitaan rakyat.Kami juga telah melawat Stadium Gelora Sriwijaya dimana telah berlangsungnya SEA Games 2011.

Pada 28/11/2011 merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh kami iaitu progaram rasmi kami iaitu pertukaran budaya dan badan beruniform.3 sekolah telah terpilih sebagai lokasi lawatan kami.Kami telah diceritakan mengenai sejarah PRAMUKA,diajar tepuk PRAMUKA dan juga beberapa lagu PRAMUKA.

Selepas aktiviti di sekolah,kami telah pergi ke kilang somgket.Palembang ini sebenarnya terkenal dengan kecantikan songketnya.Kami juga telah pergi ke Pasar 16 untuk membeli-belah serta membeli cenderamata sebagai kenangan.

Pada 29/11/2011,kami telah bertolak pulang ke Malaysia.Seperti perjalanan datang,Kumpulan 1 harus ke Jakarta dahulu sebelum ke Malaysia manakala kumpulan 2 terus ke Malaysia.Kami tiba di Asrama 1 Malaysia sekitar jam 11 malam.Beberapa orang ibu bapa sudah kelihatan untuk membawa anak mereka pulang.Bagi mereka yang tinggal jauh seperti Kelantan dan Terengganu,mereka dibenarkan untuk tinggal di asrama semalam kerana keesokan harinya terdapat pelajar-pelajar yang akan menyertai rombongan ke Singapura di bawah KPM.

di sini saya ada menyediakan sebuah video untuk tontonan bersama...terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini..




0 ulasan: